Rating Pemain Perancis vs Belgium, Jentera Pertahanan Skuad Bimbingan Deschamps Bikin Belgium Kecewa

Posted on 7 views
Perancis kembali ke perlawanan akhir Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2006 apabila berjaya menundukkan Belgium 1-0 hasil jaringan Samuel Umtiti.

Berikut adalah penilaian para pemain pada perlawanan sebentar tadi.

Perancis 

Hugo Lloris – 8 

Berjaya menggagalkan beberapa percubaan yang dilancarkan dan berjaya mengekang Belgium pada babak pertama.

Meneruskan aksi cemerlang pada separuh masa kedua dan mengawal kawasannya dengan baik.

Benjamin Pavard – 7.5

Ancaman di bahagian kanan walaupun kelihatan agak bergelut bagi mengawasi Eden Hazard ketika bertahan.

Aksi bertahannya lebih baik pada separuh masa kedua.

Raphael Varane – 8.0

Melakukan tandukan yang sekaligus menyelamatkan gawang Belgium dari dibolosi menerusi rembatan Hazard.

Aksi bertahan yang menarik dipamerkan termasuk terjahan yang dilakukan terhadap Hazard pada lewat aksi permainan.

Samuel Umtiti – 8.0

Bertahan dan membaca permainan dengan baik pada babak pertama.

Jaringannya memberikan makna yang besar buat Perancis bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Lucas Hernandez – 7.5

Melakukan tugas bertahan dengan baik di bahagian kiri dan selalu melakukan ‘overlap’ bagi memberikan sokongan buat serangan Perancis.

Kelihatan begitu kental di bahagian pertahanan.

Paul Pogba – 7.5

Mengawal jentera tengah dengan kuat dan baik serta kerap mencipta gerakan bagi membina serangan ke kubu Belgium.

Berjaya mengawasi Marouane Fellaini di bahagian tengah.

N’Golo Kante – 7.0

Seperti kebiasaannya, beliau akan menjadi sebagai pemain paling sibuk di dalam padang.

‘Kante ada dimana-mana’.

Kylian Mbappe – 8.0

Memberikan masalah buat pertahanan Belgium pada awal permainan. Mempamerkan skill yang mengagumkan sepanjang aksinya.

Blaise Matuidi – 8.0

Mengawal bola dengan baik serta seringkali masuk ke kawasan bahaya bagi mengancam jentera pertahanan Belgium.

Meledakkan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti pada awal babak pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.