RASMI: Lucas Torreira Milik Arsenal

Posted on 3 views
Lucas Torreira sah menyertai rejim baru Arsenal di bawah kendalian Unai Emery. Bintang Piala Dunia Uruguay itu melengkapkan perpindahan bernilai £26 juta dari Sampdoria.

Pengumuman rasmi telah pun dibuat oleh media rasmi Arsenal sebentar tadi. Torreira akan menyarung jersi no.11.

Torreira bermain 5 perlawanan Piala Dunia untuk Uruguay, mereka kandas di suku akhir di tangan Perancis.

Pemain 22 tahun ini ternyata mengujakan Unai Emery dengan keupayaan dan pengalaman beliau pada usia muda. Pengurus itu berkata:

“Kami telah menandatangani pemain muda yang berbakat dan ada masa depan cerah dalam bola sepak.”

“Beliau pemain tengah berkualiti, saya sangat seronok melihat aksi beliau ketika dia bermain untuk Sampdoria untuk 2 musim.”

“Kita juga melihat beliau bermain sangat baik dengan Uruguay di Piala Dunia. Beliau pemain muda tetapi sudah sarat dengan pengalaman dan dia sentisa mahu meningkatkan keupayaan dirinya.”

“Kami ucapkan selamat datang kepada Lucas Torreira dan sudah tak sabar untuk memulakan pra-musim dengan beliau.”

Torreira memulakan karier dengan I.A di Uruguay pada usia 18 tahun. Beliau kemudian berhijrah ke Montevideo Wanderers.

Pada 2013, Lucas Torreira berpindah ke Itali, menyertai Pescara. 2 tahun kemudian beliau menyertai Sampdoria.

Beliau antara pemain tengah defensif yang berada dalam cemerlang di Serie A pada musim lalu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.