RAKYAT TERTIPU BILA HARGA MINYAK KEKAL??? ~ SEMUT HITAM

Posted on 6 views

Semakin hari semakin ramai yang mula menyuarakan rasa ketidak-puasan hati mereka terhadap Rejim Pakatan yang baru kerana gagal menurunkan harga minyak petrol dipasaran.

Rakyat sedang memerhatikan betapa RETORIKnya Politik pemimpin Rejim Pakatan yang sering mempermainkan isu harga minyak ini sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang lalu.

Katanya, jika dapat merampas kuasa di Putrajaya, mereka memberi jaminan bahawa harga minyak akan diturunkan. Malah ada yang mendakwa harga minyak akan turun sehingga RM 1.50 seliter.

Namun malangnya, sehingga ke hari ini, kenapa harga minyak yang berada di pasaran masih lagi kekal dan tidak nampak sebarang usaha pun yang dilakukan untuk menurunkan harga tersebut?

Sebaliknya, Rejim Pakatan yang baru ini hanya tampil memberikan alasan kononnya mereka terpaksa kekalkan harga itu sementara mencari mekanisme untuk membuat penurunan harga.


Perkara itu dilihat bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh pengusaha stesen minyak yang mendakwa harga petrol pada ketika ini tidak mungkin dapat diturunkan sepertimana yang telah dijanjikan.

Kata mereka, harga minyak yang berada dipasaran pada ketika ini perlu dinaikkan paling tidak pada harga RM 0.50 sen seliter. Jika Rejim Pakatan yang baru itu mahu menurunkan harga, maka mereka terpaksa membayar pampasan.

Persoalannya, apa tindakan yang akan dilakukan oleh Rejim Pakatan yang baru itu untuk memastikan bahawa mereka tidak menipu rakyat berkaitan dengan penurunan harga minyak ini? Adakah mereka akan terus memberikan alasan demi alasan untuk menutup pembohongan mereka???

Source : Semut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.