Prospek Hangat Singapura Sertai Kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham

Posted on 7 views
Jiran tetangga Malaysia, Singapura mungkin akan melihat pemain pertama kelahiran negara republik itu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ini adalah selepas prospek hangat berusia 17 tahun dari negara berkenaan, Benjamin Davis berjaya memperolehi kontrak profesional bersama Fulham.

Davis pada mulanya didatangkan ke London selepas menerima tawaran biasiswa untuk berlatih dan belajar di United Kingdom. Namun kemampuan anak muda ini telah berjaya menarik perhatian pencari bakat sehingga menawarkan kontrak profesional kepada beliau.

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman sesawang rasmi milik kelab yang berpengkalan di Craven Cottage itu pada malam tadi, Davies dilaporkan akan terus melalui proses pembangunan dan pembelajaran bersama kelab London itu.

Pemain tengah tersebut adalah antara tulang belakang skuad B-18 Fulham pada musim lalu.

“Saya sangat gembira dan teruja. Saya tidak menjangka tawaran ini akan tiba di tahun pertama saya berada di sini, walaupun beraksi agak baik pada musim lalu,” ujar Davies kepada Channel News Asia.

“Sudah tentu saya akan menikmati kejayaan yang diraih setakat ini. Ia memeberikan saya motivasi, semangat dan keinginan untuk pergi lebih jauh, iaitu untuk menyertai skuad utama Fulham di EPL,” tambah Davies lagi.

Walaupun kekal fokus kepada objektif beliau di Fulham, pemain muda ini turut mempunyai impian untuk menjadi tunjang utama skuad B-18 dan B-23 negara, sebelum merealisasikan impian menyarung jersi skuad utama negaranya.

Davis sebenarnya sudah dipanggil menyertai latihan pusat pasukan kebangsaan negaranya. Namun sehingga kini, beliau masih belum diberikan peluang untuk melakukan penampilan.

Selamat maju jaya Benjamin Davis!

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.