PROJEK MEGA MAHATHIR GAGAL, ‘BAIL-OUT’ OLEH KERAJAAN

Posted on 3 views

Ramai tidak tahu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek-projek mega yang dilancarkan telah bankrap kemudian bail-Out oleh kerajaan.

Musibat yang menimpa negara ini terdiri daripada projek pengangkutan awam utama Lembah Klang yang diperkenalkan Tun Mahathir.

Kesemua projek ini mempunyai landasan yang berbeza, kereta api berbeza, sistem tiket berlainan dan integrasi yang minimum antara stesen.

Prasarana milik Kerajaan kemudiannya terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mengintegrasikan dan menyeragamkan kesemua stesen laluan berlainan.

Projek-projek Mahathir yang bermasalah adalah:

1. LRT Putra-Kelana Jaya

Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998.

Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

2. LRT2 (Star-Ampang)

Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.

LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3. KL Monorail

Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003.

Projek ini jatuh bankrap disebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah. Pada 30 April 2004, KL Infra mencatat kerugian bersih RM46.24 juta daripada hasil jualan RM15.08 juta.

KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

4. Bas Intrakota

Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom.

Projek ini bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.