‘Pondan tu tiba-tiba datang surau pakai telekung, semua terkejut!’

Posted on 2 views

Hidayah itu milik Allah, dan Allah berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Justeru itu juga, kita sebagai manusia biasa, kita diamanahkan memberi teguran secara berhemah kepada golongan yang telah lalai dan bukan menjadi hakim terhadap kekhilafan orang lain kerana seorang pendosa juga ingin ke syurga.

Bebenang ‘Kematian Pondan yang Ditangisi’ menjadi tular di media sosial apabila pengakhiran cerita ini menarik perhatian netizen. Kisah ini juga menjadi  tular disebabkan oleh isu LGBT yang tengah hangat diperkatakan sekarang.

TIBA-TIBA rasa nak buat thread pasal ‘Kematian Pondan yang Ditangisi’. Kisah BENAR. Nak retweet, retweetlah aku buat just sebab aku nak kamu semua jadi tukang ajak mengenal Tuhan, bukan jadi penghukum.

Cerita ni dalam few years ago, kejadian ni waktu first project kem yang dibuat khas untuk LGBT. Kau bayangkan kami buat camp untuk mereka, mereka buat camp untuk suka-suka. Antara intipati kem tu kenali diri dan sahsiah diri. 

Beb, nak handle mereka ni bukan mudah. Kalau solat jemaah, berapa kerat je datang. Yang lain terjun sungai. Kami buat camp di Ulu Yam. Last day tu kami wajibkan semua untuk datang berjemaah. Tapi mostly yang datang waktu Isyak je. Kami satu team redho je. Sebab ini cabaran yang Tuhan bagi dekat kami.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ada seorang pondan tu, datang surau dengan yakin pakai telekung. Kau rasa? Terperanjat teruk volunteer perempuan. Volunteers lelaki pun terkejut. Kami dah habis fikir dan kami biarkan dia solat macam tu.

Atas advice team perempuan, dia solat between saf lelaki dan saf perempuan. Aku tak ingat apa yang mereka goreng dia, tapi dia setuju. Jadi, kami terus solat. Lepas solat pusing belakang semua participants hilang, yang tinggal volunteers and si dia. Comfirm participants semua terjun sungai sebab last day kan. So mereka berparti kat sungai aku rasa. Selepas zikir and time imam baca doa, tiba-tiba kami dengar bunyi orang menangis dan meraung. Dah suspen, kami toleh je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.