Pogba Dedikasikan Kemenangan Perancis Untuk Mangsa Gua Di Thailand

Posted on 2 views
Dalam berita bola sepak, terdapat beberapa berita yang menjadi perhatian kita semua.

Perancis berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Belgium dengan jaringan 1-0.

Selain itu, kanak-kanak yang menyertai pasukan Wild Boar yang terperangkap di sebuah gua di Thailand dilaporkan telah pun diselamatkan semuanya termasuk dengan jurulatih mereka.

Pemain Perancis, Paul Pogba nyata gembira dengan kemenangan yang diperoleh oleh dirinya bersama skuad kebangsaaan Perancis dalam usaha ke perlawanan akhir.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Paul Pogba of France celebrates victory following the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Beliau turut juga telah mencuri hati ramai pihak apabila beliau telah mendedikasikan kemenangan Perancis menentang Belgium kepada kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua itu.

Di laman Twitter milik beliau, Pogba menyiarkan gambar kanak-kanak tersebut.

“Kemenangan hari ini saya tujukan kepada mereka ini. Tahniah adik-adik, anda cukup gagah!”

Menurut Pogba, walaupun Perancis sudah mara ke perlawanan akhir namun ada tugas yang beliau selesai lagi buat beliau dan pasukan.

“Kemenangan yang diperoleh itu cukup menarik, tetapi masih ada lagi yang belum selesai.”

Perancis mara ke perlawanan akhir hasil jaringan Samuel Umtiti dan akan bertemu dengan sama ada Croatia atau pun England.

Tempoh hari 12 pemain bola sepak kanak-kanak dan seorang jurulatih mereka terperangkap di dalam gua di Thailand.

Gua Tham Luang merupakan gua yang dimasuki mereka tertutup pintu keluarnya akibat hujan lebat, menyebabkan mereka terperangkap.

Kini mereka sudah berjaya diselamatkan dan kini di bawah penguasaan doktor.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.