PM UMUM PEMBIAYAAN KHAS AIM

Posted on 6 views
PM umum pembiayaan khas AIM

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak mengumumkan peruntukan pembiayaan khas AIM berjumlah RM100 juta tahun ini bagi penambahan had pembiayaan tersebut.

Ia melibatkan pinjaman I-Sejahtera ditingkatkan daripada jumlah RM10,000 kepada RM15,000 di samping pinjaman I-Wibawa ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15,000.

Najib turut menyampaikan geran pembangunan Agropreneur RM411,000 dan peruntukan pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tahun 2018 berjumlah RM221 juta untuk negeri Pahang.

Turut disampaikan peruntukan Pembiayaan AIM Parlimen Pekan untuk tahun ini berjumlah RM27.1 juta dan sumbangan CSR AIM Parlimen Pekan berjumlah RM62,800.

Najib berkata, AIM sudah banyak membantu peminjam memulakan perniagaan sehingga berjaya.

“Dana AIM yang disediakan kerajaan ini membuktikan keprihatinan terhadap golongan wanita yang mahu mengusahakan perniagaan,” katanya pada Perasmian Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan sebentar tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan, Dato’ Sri Ishak Muhammad dan Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Dr Zubir Harun.

Seramai 2,608 sahabat AIM terdiri daripada Sahabat AIM Pekan, kakitangan AIM Ibu Pejabat, kakitangan Pejabat Wilayah Pahang, agensi kerajaan dan swasta menjayakan himpunan ini.

Source : Portal Pahangku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.