PKNP FC Sedia Kecewakan Skuad ‘Abang’, Perak The Bos Gaurus

Posted on 12 views
2 pasukan senegeri bakal membuat penghitungan dalam saingan Liga Super di Stadium Batul Kawan malam ini untuk memburu 3 mata berharga bagi memastikan mereka tidak berada dalam kelompok pasukan tercorot Liga.

Namun begitu, bagi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim beliau menganggap tiada apa yang istimewa tentang perlawanan ini dan beliau menjelaskan perlawanan malam ini bukan untuk tunjuk pasukan mana yang lebih kuat.

“Saya anggap pertembungan dengan Perak ini bukan untuk tunjuk siapa kuat.

“Namun yang pasti kedua-dua pasukan akan turun untuk memberi persembahan terbaik di depan penyokong dan peminat bola sepak Perak.

“Jadi, yang beruntung ialah penyokong kerana mereka akan memperoleh kepuasan melihat aksi dua pasukan negeri ini,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

PKNP FC dijangka akan menurunkan kesebelasan utama dengan Hafiz Ramdan dan Franklin Clovis kembali dari kecederaan.

“Dua pemain itu tidak beraksi menentang FELDA United FC dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, Sabtu lalu.

“Kehadiran mereka akan mengembalikan kemampuan pasukan,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tidak mahu anak buahnya memandang mudah pada pertemuan malam ini biarpun lawan merupakan pasukan yang berstatus kelab di negeri itu.

“Bagi saya perlawanan ini cukup penting. Lagipun saya tidak sekali-kali memandang mudah kemampuan PKNP FC.

“Mereka pasukan bagus serta mempunyai pemain yang mempunyai semangat juang tinggi dan berkualiti.

“Kami tidak boleh pandang mudah pertemuan ini,” katanya

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.