PFAM Serah Laporan Rasmi Kepada FAM

Posted on 1 views
Masalah tunggakan gaji yang melibatkan pasukan Marcerra Kuantan FA tampak semakin serius apabila para jurulatih dan pemain pasukan itu menunjukkan protes dengan cara tidak hadir ke Stadium Shah Alam untuk aksi Liga Premier menentang PDRM beberapa hari lepas.

Mengulas mengenai perkara itu, presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery berkata kepada Berita Harian, pihaknya telah mengemukakan laporan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan masalah gaji yang dihadapi oleh pemain Kuantan FA.

Beliau turut menjelaskan pihaknya dalam proses akhir mengumpul segala dokumen untuk diserahkan kepada FAM dalam masa terdekat.

“Mungkin esok atau Rabu ini kami akan ke FAM. Sekarang ini kami sedang dapatkan maklumat daripada pemain Kuantan FA bagi mengetahui berapa angka sebenar gaji yang sudah dibayar dan masih tertunggak.

“Ia penting bagi memastikan dokumen yang akan diserahkan kepada FAM nanti lengkap sepenuhnya. Kami juga sudah dua kali menghantar surat kepada Marcerra United (pengurusan Kuantan FA) sebelum ini dan saya fikir sudah cukup tempoh untuk kami membuat laporan rasmi kepada FAM.

“Ini kali pertama (pemain membuat protes) berlaku, jadi kita kena faham betul-betul undang-undang yang ada. Pemain juga pasti tertanya-tanya bagaimana nasib mereka, bagi kami selagi ada undang-undang, hak pemain tetap terjaga,” katanya.

Kuantan FA kini diambil alih oleh Marcerra United FC.

Kegagalan Kuantan FA hadir ke stadium selepas waktu sepak mula yang dijadualkan pada jam 9 malam menyaksikan PDRM diberikan kemenangan percuma 3-0.

Sebelum ini, badan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turut mengeluarkan kenyataan memandang serius perkara itu dan bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalkan penyertaan pasukan terbabit.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *