Pesta Bola Sepak Paling ‘Gempak’ Kini Tiba Di Malaysia

Posted on 3 views
Mahu merasai kemeriahan Piala Dunia tahun ini tetapi tidak berkesempatan ke Rusia?

Jangan risau kerana terdapat banyak acara bertemakan Piala Dunia yang berlangsung di seluruh Malaysia sempena temasya terbesar sukan paling popular dunia itu sedang berlangsung.

Namun, program yang ‘gempak’ pada tahun ini pastinya acara Football Fiesta yang dibawakan ekslusif oleh Al-Ikhsan Sport, gergasi gedung peralatan sukan terbesar di Malaysia, khusus untuk kaki bola yang tinggal di Lembah Kelang.

Bermula sejak 6 April lalu sehingga 15 Julai ini, program Football Fiesta yang membawakan tema #DestinationFootball ini telah melakukan tour di beberapa lokasi seperti Suria KLCC, Sunway Pyramid, SOGO dan IOI Mall Putrajaya.

Apa yang lebih penting, pengunjung boleh melihat sendiri koleksi barangan ekslusif yang tidak terdapat di tempat lain seperti jersi negara-negara yang mengambil bahagian, but berkualiti tinggi serta bola rasmi yang bakal digunakan di Piala Dunia.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini yang tidak terdapat di tempat lain seperti peluang mencuba sendiri but bola dari gred terbaik yang berharga ribuan ringgit di kawasan ball kicking area.

Selain itu terdapat beberapa aktiviti kekeluargaan lain seperti permainan Virtual Reality Kick, kawasan permainan foosball serta permainan Playstation 4.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan bermain bola tepuk.

Kepada yang tidak pernah mencuba permainan ini, kami jamin ia amat mengasyikkan, lagi-lagi bila anda menggunakan pasukan kegemaran menetang pasukan rakan anda!

Penyanyi rap terkenal negara, Waris akan turut membuat kemunculan dan persembahan di pentas utama acara ini.

Untuk rekod, Waris merupakan penyanyi kepada lagu “Formasi”, lagu khas dari beliau sempena Piala Dunia 2018 yang turut menjadi lagu tema kepada acara Football Fiesta.

Dengan mencuba beberapa aktiviti yang diadakan di sini, pengunjung akan diberikan baucar diskaun untuk membeli produk ekslusif Piala Dunia yang dipamerkan dengan harga yang lebih rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.