“Pergaduhan” Ifa Raziah Dan Sheeda Cuma Gimik Semata-mata

Posted on 3 views
Sejak semalam kecoh di media sosial dengan isu video “pergaduhan” serta serang-menyerang penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah di tempat letak kereta. Sheeda begitu marahkan Ifa yang bercakap mengenai dirinya dibalakangnya. Menerusi video berkenaan, turut dilihat Sheeda sedang mengejar Ifa dan menarik lengannya.

Malah, Ifa menerusi portal Sinar Harian memberitahu beliau sudah membuat laporan polis kerana disentuh Sheeda.

Namun, pertelingkahan itu sebenarnya hanya gimik semata-mata, pendek kata Sheeda dan Ifa sudah berjaya ‘prank’ orang ramai. Mereka juga tidak sangka, lakonan mereka itu benar-benar menjadi sehingga ‘viral’.

Rasanya tidak ramai yang terkejut pun dan mengetahui kedua-dua artis ini sengaja berlakon sebegitu untuk meraih perhatian. Pada netizen yang ‘membawang’ Ifa pula, tentu sekarang ini diam seribu bahasa dan rasa diri tertipu kan?
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.