Pengasuh Adam Rayqal Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah

Posted on 1 views

SELAYANG: : Pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini.

Pengasuh Adam Rayqal Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah
Pengasuh Adam Rayqal Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah

Noor Aqilah Abd Rahman, 33, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu


Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa dan menyebabkannya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan dendaARTIKAL BERKAITAN :

Kredit : WartawanFB

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.