Pengadil Panggil Pemain Masuk Ke Padang Semula, Selepas VAR Nyatakan Penalti

Posted on 8 views
Kesemua pemain sudah ke bilik persalinan untuk berehat separuh masa. Namun tiba-tiba pengadil perlawanan, Guido Winkmann meminta pemain untuk masuk semula ke padang.

Ini selepas beliau mendapat maklumat dari pengadil VAR bahawa insiden minit akhir separuh masa pertama adalah penalti kerana bola terkena tangan.

Sebelum VAR itu digunakan, pemain Mainz sudah melakukan bantahan bahawa bola terkena tangan pemain Marc-Oliver Kempf.

Ketika pemain pergi meninggalkan padang, pengadil baru mendapat keputusan daripada VAR yang menyatakan ia adalah penalti.

Beliau berlari ke tepi padang untuk melihat balik rakaman. Winkman mengambil keputusan untuk memberikan penalti kepada Mainz dan memanggil kesemua pemain Mainz dan Freiburg yang rata-rata sudah meninggalkan padang.

Pemain Mainz, Pablo de Blasis menjaringkan gol pada minit 45+5. Pengadil meniup wisel separuh masa pertama sekali lagi.

Pengarah Sukan Freiburg mengaggap ia agak menyakitkan hati mereka. Namun mereka terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.

Bersambung babak ke-2, perlawanan ditangguhkan seketika kerana penyokong membaling tisu tandas ke dalam padang. Ianya bukan protes kepada VAR tetapi kerana protes kepada penjadualan Bundesliga.

Hal ini selepas Bundesliga mengarahkan perlawanan ini dimainkan pada malam Isnin.

Mainz menang 2-1 ke atas Freiburg. Meletakkan Freiburg turun ke tangga ke-16 liga.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.