Pahang Buru Gelaran Naib Juara Liga Super 2018

Posted on 8 views
Kejayaan menjulang kejuaraan Piala FA musim ini membangkitkan semangat skuad Tok Gajah untuk memburu kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super apabila bakal melayan kunjungan PKNP FC di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pahang kini berada di kedudukan ke 4 dalam saingan Liga Super selepas mengutip 28 mata dalam 17 perlawanan yang dilalui setakat ini.

Dengan kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang masih gah di persada liga dengan 44 mata, agak sukar untuk pasukan lain memintas skuad harimau selatan dengan baki 5 perlawanan yang akan datang.

Oleh sebab itu, kedudukan naib juara Liga Super menjadi rebutan di antara Perak, Kedah, Terengganu FC serta Pahang bagi memastikan slot kedua ke saingan kelayakan AFC Champions League menjadi kenyataan.

Pemain pertahanan skuad Tok Gajah, Bunyamin Umar berkata kepada Berita Harian, tiada istilah rehat untuk pasukan mereka kerana skuad itu mahu memastikan keputusan terbaik diraih dalam saingan liga musim ini.

Sumber: Pahang FA

“Biarpun kami masih lagi dalam kegembiraan meraikan kejayaan juara Piala FA, saingan liga tetap diutamakan untuk meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik.

“Sasaran kami adalah untuk berada di tangga kedua liga memandangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu selesa dan hanya memerlukan satu kemenangan bagi mempertahankan kejuaraan.

“Namun, selagi saingan liga belum berakhir, kami tetap fokus dan memastikan baki lima perlawanan ini berakhir dengan kemenangan seterusnya mengetepikan Perak dan Kedah,” katanya.

Menuru Bunyamin, skuad tok gajah dijangka akan menurunkan barisan yang sama ketika menewaskan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu lepas.

“Apa yang boleh dikatakan bahawa barisan pemain yang sama akan turun beraksi bertemu PKNP dan sudah pasti prestasi cemerlang dipersembahkan bertemu Selangor akan turut sama dilakukan Rabu ini.

“Oleh itu, kami akan bermain dengan misi tiga mata kerana mahu kegembiraan pasukan berterusan sekali gus menafikan peluang PKNP mencuri mata,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.