Niko Kovac, Bayern Munich Dan Taktikal Moden 3-5-2 Berasaskan Disiplin & Organisasi

Posted on 13 views
Jumaat lalu, Bayern Munich secara rasminya telah mengumumkan Niko Kovac sebagai pengurus baharu kelab Bavarian itu.

Di sebalik nama-nama besar lain seperti Joachim Low, Julian Nagelsmann, Thomas Tuchel, Zinedine Zidane, dan ramai lagi dikaitkan dengan gergasi Jerman ini, pengurus Eintracht Frankfurt ini akhirnya menjadi pilihan.

Siapakah Nico Kovac? Apakah falsafah bola sepak yang didukung oleh pengendali dari Croatia ini? Adakah Kovac memiliki profail yang diperlukan untuk membawa Bayern ke hadapan?

Calon pilihan Jupp Heynckes

Jupp Heynckes memandang tinggi akan kebolehan Kovac. Ketika ditanya mengenai bakal pengganti kepada beliau yang akan kembali bersara selepas tamat musim ini, Heynckes hanya mempunyai komen positif untuk Kovac.

“Kovac adalah seorang jurulatih yang mementingkan kerja keras, inovatif, cekap dan hidupnya ialah untuk bola sepak. Beliau juga merupakan pengurus yang baik, dan saya yakin Bayern membuat keputusan yang tepat dengan memilih Kovac.”

Niko Kovac. Foto: Reuters.

“Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dengan pemain dengan latar belakang dari negara yang berbeza di Frankfurt, dan hasil kerja beliau di Frankfurt amat menakjubkan. Ia seperti Kovac telah ditakdirkan untuk membimbing Bayern.”

“Kovac adalah pilihan terbaik, dan saya yakin ianya akan berhasil buat Bayern,” ulas Heynckes mengenai pengganti beliau itu.

(Photo by Jan Hetfleisch/Bongarts/Getty Images)

Kovac sendiri agak bercelaru apabila menerima panggilan telefon daripada Bayern Munich. Bagaimanapun pengendali berusia 46 tahun ini tidak teragak-agak membuat keputusan untuk menyertai kelab yang pernah beliau sertai ketika masih bergelar pemain.

Prinsip bola sepak Kovac

“Kecergasan akan memberi anda keyakinan. Apabila anda berada di tahap kecergasan terbaik, maka anda tidak perlu risau akan tempoh 90 minit perlawanan.”

Jika satu definisi diperlukan untuk memberi penjelasan akan prinsip kerja Kovac, ianya adalah melalui kenyataan yang beliau pernah katakan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.