Nestor Pitana Dipilih Sebagai Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Posted on 3 views
Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) hari ini mengumumkan Nestor Pitana dari Argentina akan menjadi pengadil utama untuk perlawanan akhir Piala Dunia membabitkan Perancis dan Croatia, pada hari ahad ini.

Pitana, bekas pelakon yang sudah mengadili empat perlawanan termasuk aksi pembuka tirai kejohanan membabitkan negara tuan rumah Russia dan Arab Saudi dan Perancis-Uruguay pada suku akhir akan ditugaskan untuk perlawanan di Stadium Luzhniki Moscow.

Beliau akan dibantu dua lagi pembantu pengadil dari Argentina Hernan Maidana dan Juan Pablo Belatti. Pengadil Belanda Bjorn Kuipers akan menjadi pegawai pertandingan yang turut dibantu seorang lagi pengadil dari Belanda Erwin Zeinstra.

Selain memberikan kemenangan buat Perancis, Pitana turut mengendalikan perlawanan di mana Croatia menewaskan Denmark pada aksi 16 terakhir menerusi penentuan penalti.

Satu lagi perlawanan yang diadil pengadil berusia 43 tahun itu di Russia adalah kemenangan Sweden ke atas Mexico 3-0 pada aksi peringkat kumpulan.

Sewaktu Piala Dunia 2014 Brazil, beliau mengadili empat perlawanan. Yang terakhir adalah kekalahan Perancis 0-1 kepada Jerman pada suku akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.