Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Bercerai

Posted on 6 views
Selepas sekian lama dihimpit gosip mengatakan rumah tangganya bersama Bella Dally sedang bermasalah, akhirnya segala teka-teki sudah terjawab apabila Nazim Othman mengumumkan mereka sudah sah bercerai.

Nazim menerusi akaun Instagramnya memberitahu, keputusan untuk berpisah diambil atas persetujuan bersama. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca perpisahan.

Bella pada masa yang sama menjelaskan beliau dan Nazim sudah berusaha yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi gagal. Beliau mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta peminat yang sebelum ini tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat mereka.

Nazim dan Bella sah bergelar suami isteri pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata. Difahamkan, pasangan ini bercerai pada awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Satu berita yang agak mengejutkan hari ini, apa-apa pun kami berdoa agar Nazim dan Bella tabah mengharungi segala dugaan. Nak buat macam mana kalau jodoh mereka sampai di sini sahaja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.