Nasser Al-Khelaifi Nafi Buffon Akan Menyertai PSG

Posted on 5 views
Baru-baru ini media dari eropah melaporkan Paris Saint-Germain (PSG) bersama Real Madrid, Liverpool dan Sporting Lisbon sedang memburu khidmat penjaga gol lagenda Itali.

Presiden Paris Saint-Germain (PSG Nasser Al-Khelaifi tampil menjelaskan perkara sebenar dan menolak kemungkinan legenda Juventus Gianluigi Buffon bakal menggantikan penjaga gol nombor satu kelab gergasi Perancis itu, Alphonse Areola.

Penjaga gol yang berusia 40 tahun itu, membuat penampilan terakhir ketika gergasi Itali itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Verona semalam, untuk melengkapkan karier 17 tahun di Turin dengan menuai trofi Serie A ketujuh berturut-turut.

Kontrak Buffon akan tamat pada bila-bila masa, tetapi ditanya sama ada PSG bakal menjadi destinasi ditujui Buffon, Al-Khelaifi memberitahu:

“Kami mempunyai Areola, dia adalah penjaga gol nombor satu kami.”

Apabila kemudiannya ditanya sama ada Areola akan kekal pada musim depan, Al-Khelaifi berkata: “Ya, sudah pasti.”

“Dia (Buffon) adalah penjaga gol yang hebat, amat berkarisma dan seorang lelaki yang luar biasa. Saya pasti semua kelab inginkannya.”

Areola, semalam menyuarakan perasaannya mengenai situasi berkenaan apabila memberitahu akhbar Le Parisien bahawa dia ‘mahu kekal sebagai nombor satu’ di PSG dan akan meninggalkan kelab jika sebaliknya berlaku pada musim depan.

Kontrak penjaga gol berusia 25 tahun kelahiran Perancis itu hanya akan tamat pada Jun 2019.

PSG, yang mengekalkan penguasaan Ligue 1 bulan ini, akan diambil alih oleh jurulatih Thomas Tuchel pada musim depan yang menggantikan Unai Emery.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.