Mula Dipersalahkan DS @NajibRazak, Kemudian Minta Tolong Selesaikan Masalah Rakyat, Gilakah Ini Menteri?

Posted on 4 views
CTS telah membuat ramalan di dalam posting semalam, baca di sini, yang berbunyi,

Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan kembali kepada fitrah Pakatan Harapan iaitu menyalahkan orang lain. Kali ini mamak dipersalahkan. Menteri mendakwa 30% restoren mamak menaikkan harga barangan selepas perlaksanaan kadar GST sifar pada 01 Jun. Kita berharap wartawan tidak lagi bertanya soalan kenaikan harga barangan selepas ini. Kita pasti jawapannya adalah salah UMNO, salah BN dan salah Najib Raxak.

Telahan dan ramalan CTS menjadi kenyataan tidak sampai 24 jam. Menteri KPDNHEP, Saifuddin Nasution tanpa rasa malu menyalahkan mantan Perdana Menteri disebabkan kegagalan beliau menjalankan tugas. Baca di sini.
Paling rasa akal diperbodohkan oleh Menteri Kerajaan Tomato ini ialah, sudahlah mantan Perdana Menteri dipersalahkan di atas masalah kenaikan harga barang, Saifuddin tanpa rasa malu dan bersalah tekah menjemput DS Najib Tun Razak untuk hadir ke Parlimen bagi membincangkan penyelesaian bagi menangani masalah kos sara hidup Rakyat. Baca di sini. 

Gilakah ini Menteri?

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.