by

Misil Kogileswaran Selamatkan Pahang Daripada Ditewaskan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur melayan kunjungan pasukan Pahang di Stadium Cheras. Pahang kehilangan beberapa pemain utama termasuk Forkey Doe, Matthew Davies dan Safuwan Baharudin.

Pahang terus mendapat peluang keemasan pada minit ke-2 Patrick Cruz dalam keadaan 1 lawan 1. Tetapi beliau gagal menyempurnakan peluang keemasan

Minit ke-6 De Paula mendapat peluang dan melakukan percubaan walaupun kelihatan Paulo Josue mencipta ruang yang baik. Percubaan De Paula tersasar.  De Paula melakukan satu lagi percubaan dalam kotak penalti tetapi dihadang oleh Afif Amiruddin.

Minit ke-10 De Paula membuka tirai jaringan selepas menerima hantaran daripada Asri Chuchu. Kesilapan defensif daripada Muslim Ahmad. Bunyamin pula hilang ‘marking’.

De Paula menanduk bola dari jarak dekat. Tiada peluang untuk penjaga gol mahu melakukan penyelamatan.

Namun Pahang terus membalas menerusi Sumareh selepas hantaran lintang daripada Chan Vathanaka gagal ditepis kemas penjaga gol. Sumareh melakukan aksi ‘Superman’ sekali lagi untuk menjaringkan gol seperti yang beliau lakukan sebelum ini.

Pada minit ke-28, sentuhan pertama lemah Patrick Cruz membuatkan beliau kehilangan bola di dalam keadaan beliau boleh menjaringkan gol.

2 minit selepas itu Chan Vathanaka melakukan rembatan yang dihadang oleh Khatul Anuar. Satu ‘save’ yang sangat baik.

5 minit sebelum rehat, Kuala Lumpur sekali lagi di hadapan menerusi pemain veteran, Indra Putra hasil umpanan De Paula. Sekali lagi Sumareh terus menghadirkan ancaman tetapi kali ini diselamatkan oleh Khatul Anuar.

Vathanaka melakukan percubaan bahaya yang terakhir untuk babak pertama.

Separuh masa pertama berakhir dengan 2-1.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Pahang terus memaksa Kuala Lumpur bertahan. Vathanaka dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi pengadil menyatakan ia bukan faul.

Pada minit minit ke-60, Kogileswaran melakukan gol cantik dengan teknik sepakan yang baik menewaskan Khatul dari luar kotak penalti. Satu screamer yang sangat menarik.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed