Misi Menyelamat Wild Boar Tamat Dengan Jayanya

Posted on 9 views
Usaha menyelamat yang berisiko tinggi melibatkan pemain dan jurulatih pasukan bola sepak yang melibatkan pelajar 11-16 tahun akhirnya ditamatkan dengan jayanya.

19 penyelam profesional dan pakar menyelamat telah mengeluarkan kesemua baki 4 kanak-kanak dan guru mereka yang masih berada di dalam gua. Beberapa mangsa terpaksa diusung dengan ‘stretcher’.

Pada 23 Jun lalu, sekumpulan pelajar dan jurulatih bola sepak mereka pergi ke Gua Tham Luang selepas tamat latihan bola sepak.

Hujan lebat membuatkan banjir kilat dan para pelajar dan jurulatih mereka masuk ke dalam gua. Dengan banjir terus naik, mereka masuk lebih ke dalam lagi sehingga ke satu ruang (chamber) yang digelar Pattaya Beach.

Pasukan penyelamat dan polis melancarkan usaha menyelamat selepas menemui barangan dan basikal mereka di luar pintu gua. Laporan polis dibuat sebelum itu oleh ibu bapa pelajar yang risau anak mereka tidak balik balik.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk cuba menggerudi gua, dan mengepam air keluar dari gua. Air lumpur yang berbau dan berkelodak menyukarkan operasi.

Bantuan diberikan oleh pasukan Navy Thailand, pasukan penyelamat dari Amerika Syarikat dan Britain antara yang terlibat.

Pasukan penyelamat akhirnya menemui di mana tempat mereka berada, ianya lebih 400 meter daripada Pattaya Beach chamber.

Ini sedikit sebanyak melegakan ramai pihak apabila disahkan kesemua mereka masih hidup dan bergantung kepada bekalan makanan yang terhad dibawa.

Ia membolehkan pasukan penyelamat menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan. 12 pelajar dan guru mereka tersekat di dalam gua itu untuk lebih 10 hari.

Cabaran utama adalah untuk membawa keluar kesemua mangsa sebelum hujan monsun.

Guru mereka yang juga jurulatih pasukan adalah orang terakhir yang dibawa keluar dari gua tersebut.

Para pelajar dibawa ke hospital. Ada pelajar yang dikuarantin terlebih dahulu dan ada yang sudah boleh dilawat oleh ibu bapa mereka.

Jabatan kesihatan di Thailand tidak dapat memberikan jaminan tentang kesihatan para pelajar namun buat masa ini mereka menyatakan kesemua mangsa termasuk jurulatih dalam keadaan yang baik-baik sahaja serta kelihatan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.