Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Memey & Norman, Tapi Macam Biasa…

Posted on 3 views
Memey Suhaiza selamat melahirkan bayi perempuan dan semalam, dia bersama suaminya, Norman Hakim mengumumkan anak mereka.

Dia berbuat demikian menerusi laman Instagram Norman.

“Assalamualaikum aiii salam Jumaat semua! Papa,mummy dah bagi tite nama tau! Name tite kan..name tite kan…ihim..ihim..dengan izin Allah tite…name tite kan, Mikayla Delisha Hakim tau.

“Papa,mummy cakap maksud name tite tu mcm kat bawah tau, MIKAYLA; Pemberian Allah. DELISHA; Gembira dan Membuat Orang lain Gembira. HAKIM; Arif Bijaksana,” tulisnya.

Memey juga turut berkongsi wajah Mikayla di IG. Masya ALLAH! comelnya lahai tengok si kecil ni.

“Assalammualaikum. Seperti yg dijanjikan tadi, Kenalkan baby #ephyra ke3. Mummy bagi sipi-sipi dulu la…sabar ye banyak lepas ni muka saya dan saya mummy update…boleh?

“Jangan bosan pulak tau, sayang saya k,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Norman dan Memey turut membuka akaun Instagram buat Mikayla dan dalam masa yang singkat, jumlah follower si kecil sudah mencecah lebih 12,000 orang.

Wow! Hebat betul penangan anak artis kan? Cepat sahaja dapat ramai follower. Apa-apapun, MH doakan supaya Mikayla menjadi anak yang solehah.

 

Foto: Instagram Memey Suhaiza

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.