Mengenang Tragedi Hillsborough, Kebenaran Dan Keadilan Untuk Si 96

Posted on 17 views
15 April 1989 adalah detik hitam dalam bola sepak Inggeris terutama sekali kepada penyokong Liverpool serta bandar Liverpool.

96 orang daripada penyokong yang hadir ke perlawanan bola sepak di Stadium Hilsbrough tidak kembali ke rumah untuk selamanya. Beratus-ratus lagi hidup dalam trauma.

Peristiwa ini menjadi nahas stadium terbesar di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Ianya berlaku dalam perlawanan separuh akhir di antara Nottingham Forest dan Liverpool.

Jumlah penyokong yang hadir terlalu ramai dan melebih kapasiti stadium yang hanya 40,000 orang. Penyokong Liverpool diberikan 14,000 tiket untuk perlawanan ini.

Korban paling muda ialah Jon-Paul Gilhooley yang masih berusia 10 tahun. Mendiang merupakan sepupu kepada Steven Gerrard.

Seorang mangsa tragedi, Tony Bland terpaksa bertahan selama 3 tahun dalam kondisi kerosakan pada otak.

Beliau kemudian menghembuskan nafas terakhir pada 3 Mac 1993, dipercayai terpaksa diakhiri nyawanya atas persetujuan dengan kelyarga mangsa yang tidak sanggup lagi melihat beliau menderita. Tony Bland adalah korban ke-96 tragedi Hillsbrough.

Tragedi ini terlalu banyak kontroversi dan versi cerita. Laporan media The Sun telah menyebabkan hal ini berlaku. The Sun dalam laporan akhbar mereka ‘The Truth’ dengan lantang menuduh penyokong Liverpool sebagai punca tragedi ini.

Ramai yang membantah tindakan keji The Sun yang melaporkan laporan palsu bertujuan untuk mencari sensasi menjual akhbar. Mereka menuduh penyokong Liverpool kencing ke atas polis.

Penyokong Liverpool dituduh mengambil kesempatan menyeluk saku mangsa dan membelasah polis.

Sehingga ke hari ini The Sun diboikot di Merseyside dan ramai orang England sendiri.

Penyokong Manchester United ini pernah meminta The Sun untuk tidak menggunakan gambarnya kerana beliau menghormati rakannya yang merupakan penyokong Liverpool.

Laporan daripada pihak polis menuduh penyokong Liverpool menjadi punca tragedi kerana tidak mengikuti garis panduan keselamatan dan laporan itu diserahkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Margareth Thatcher.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.