Memori Skuad 1986 Bangkit Semangat ‘Generasi Emas’ Belgium

Posted on 2 views
Belgium merupakan salah sebuah pasukan yang dicanang sebagai pilihan  Piala Dunia 2018 yang bakal memulakan sepak mula di Rusia.

Ini adalah kerana Belgium memiliki deretan pemain berstatus bintang terutamanya yang berkelana bersama kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sejarah pembabitan

Rusia adalah penampilan ke-12 Belgium di pusingan akhir Piala Dunia, sejak kejohanan tersebut diperkenalkan.

Bagaimanapun, tumpuan hanya diberikan kepada negara tersebut pada edisi 1982 ketika ianya diadakan di Sepanyol, apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

Belgium team group: (back row, l-r) Jan Ceulemans, Luc Millecamps, Erwin Vandenbergh, Walter Meeuws, Ludo Coeck, Alex Czerniatynski; (front row, l-r) Wilfried van Moer, Michel Renquin, Gerard Plessers, Frankie Vercauteren, Theo Custers (Photo by Peter Robinson/EMPICS via Getty Images)

Sebelum itu, Belgium sering kali terkandas di peringkat kumpulan dalam lima penampilan sebelum itu.

Piala Dunia 1982

Tidak salah untuk kita menggariskan kebangkitan awal Belgium di pentas antarabangsa ialah ketika Piala Dunia 1982.

Bermula dengan baik mengejutkan Argentina 1-0 di Nou Camp, hasil jaringan tunggal Erwin Vandenbergh, Argentina yang turut dibarisi pemain seperti Diego Maradona dan Mario Kempes jelas tidak mempunyai jawapan untuk tentangan Belgium.

1982 World Cup Finals, Barcelona, Spain, 13th June, 1982, Argentina 0 v Belgium 1, Argentina’s Diego Maradona challenges Belgium’s Frank Vercauteren (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Belgium terus cemerlang menewaskan El Salvador dan mengikat Hungary untuk muncul juara kumpulan. Namun demikian, mereka gagal menhadirkan saingan di pusingan kedua kejohanan apabila ditewaskan oleh Poland dan Soviet Union.

Piala Dunia 1986

Piala Dunia 1982 jelas memberi pengalaman berharga buat barisan pemain Belgium pada era tersebut. Edisi empat tahun berikutnya di Mexico menampilkan skuad Belgium yang lebih matang, selepas pengalaman yang dilalui di dalam edisi 1982.

Dibarisi dengan gabungan pemain muda seperti Enzo Scifo, Patrick Vervoort dan Stephane Demol dan beberapa pemain ‘senior’ seperti Ceulemans, Pfaff, Eric Gerets, dan Franky Vercauteren, mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir buat julung kalinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.