Marcerra Kuantan FA Tidak Hadir, PDRM FA Diberi Kemenangan Percuma

Posted on 4 views
Marcerra Kuantan FA gagal menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan ke-6 saingan 100Plus Liga Premier buat kedua-dua pasukan sebentar tadi.

Kegagalan Kuantan FA untuk berada di Stadium Shah Alam sebelum sepak mula perlawanan bermakna kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 turut diberikan oleh pengadil perlawanan.

Kuantan FA kini diambil alih oleh Marcerra United FC.

Secara teknikalnya, Kuantan FA telah melakukan ‘walk over’ ataupun menarik diri daripada perlawanan ini.

Menurut laporan oleh komisioner perlawanan, Shahrin Ismail, perlawanan tersebut tidak boleh dijalankan kerana Kuantan FA tidak hadir di venue pertandingan sehingga 9.00 malam.

Pengesahan telah dibuat oleh pengadil perlawanan di tengah padang tepat waktu sepak mula sepatutnya berlaku.

Pengesahan sama turut dibuat oleh PDRM FA selaku pasukan tuan rumah melalui akaun Facebook rasmi milik pasukan itu.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kuantan FA.

Sebelum ini ketua jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria (gambar bawah) tampil mendedahkan bahawa aksi keenam dalam kempen Liga Premier bertemu Pulau Pinang Selasa lalu kemungkinan akan diadakan tanpa khidmatnya dan pemain lain yang berhasrat meninggalkan pasukan pada hujung minggu ini.

Ini selepas kegagalan pihak pengurusan Kuantan FA menyelesaikan tunggakkan gaji pemain dan pegawai yang dilaporkan mencecah empat bulan gaji.

Sebelum ini, Jawatankuasa Status FAM pernah mengarahkan Kuantan FA untuk menyelesailan tuntutan daripada 15 pemain membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM423,000.

Jumlah tersebut harus dijelaskan menjelang selewat-lewatnya 21 April akan datang.

Kredit: Sinar harian

Ura-ura juga mengatakan Kuantan FA akan menarik diri sepenuhnya dari saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Sekiranya sah kelab berkenaan menarik diri daripada bertanding, ianya pasti mengundang masalah besar kepada pengendali liga tempatan iaitu Malaysia Football League (MFL) yang perlu merombak semula jadual selain adakah keputusan aksi Marcerra Kuantan FA sebelum ini tetap diambil kira oleh penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *