Marcel Desailly Menyifatkan Paul Pogba Lebih Berbakat Berbanding Skuad Perancis 1998

Posted on 1 views
Paul Pogba antara pemain memperkuatkan barisan Les Blues untuk menghadapi kejohanan Piala Dunia nanti.

Namun, penampilan Pogba bersama skuad kebangsaan telah menerima pelbagai kritikan berikutan prestasinya yang kurang memuaskan bersama Manchester United pada musim ini.

Disebalik tohmahan dan kritikan yang dilemparkan kepada Pogba, legenda Perancis, Marcel Desailly tampil memberi sokongan moral kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Bercakap kepada Goal, Desailly menyifatkan Paul Pogba memiliki keistimewaan dan kualiti yang lebih baik berbanding semua  pemain Perancis pada Piala Dunia 1998.

“Dia (Pogba) lebih berbakat daripada semua pemain ketika generasi saya (Juara Piala Dunia 1998).”

Sitting beside Desailly was Robert Pires, his friend and teammate in that World Cup-winning side.

Desailly turut menjawab dakwaan dan kritikan dari sesetengah individu yang menyifatkan Pogba tidak layak bersama Perancis pada Piala Dunia di Rusia nanti.

“Pogba menghadapi pelbagai tekanan dari sekeliling dan memberi kesan pada permainannya dalam jangka masa yang panjang.” katanya.

“Semua orang tahu tentang potensi luar biasa yang dimilikinya dan saya berpendapat kita semua mahukan lebih daripada itu darinya.”


Tambahnya lagi, “Dia mampu melakukan perbezaan tetapi pemain lain juga harus memainkan peranan mereka untuk memimpin pasukan.”

Diundi dalam Kumpulan C, skuad Didier Deschamps akan memulakan kempen Piala Dunia 2018 menentang Australia 16 Jun sebelum bertemu Costa Rica dan Denmark pada 21 dan 26 Jun ini.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.