by

[MARAN] KERAJAAN TUNAIKAN JANJI AGIH LOT TANAH FELDA KEPADA GENERASI KEDUA

16/4/2017 – Kerajaan Negeri Pahang komited menunaikan janji memberikan lot tanah kepada generasi kedua FELDA dan bukan sekadar janji kosong. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan generasi kedua FELDA yang mengimpikan kediaman sendiri di tanah rancangan FELDA, agihan lot tanah adalah salah satu cara penyelesaian terutama mereka yang sukar mendapatkan pinjaman bank. 

Pemberian lot tanah di Felda Jengka 2 Maran adalah merupakan projek perintis di Pahang bagi menyelesaikan masalah kediaman generasi kedua FELDA. Seramai 40 orang menerima surat tawaran untuk memiliki tanah lot oleh Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh YB Dato’Sri Shahaniza Shamsuddin Exco kerajaan Negeri Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang. 

Beliau berkata”Kerajaan Negeri dan FELDA mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan yang amat penting ini keranan memikirkan kesannya kepada landskap FELDA pada masa akan datang. Tanah di Rancangan FELDA adalah terletak di bawah Akta GSA 1960 (Akta Tanah Kawasan penempatan Berkelompok), digubal bagi memastikan orang Melayu di letakkan di bawah FELDA ditadbir urus dengan baik demi kebaikan semua pihak namun dengan pemberian tanah lot ini pastinya akan memberikan kesan kepada landskap FELDA dan tidak selari dengan konsep yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak”. 

“Namun mengambil kira keluhan generasi kedua Felda Jengka 2, permohonan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan FELDA sejak 2008 dan menjadi isu pilihanraya umum ke 13 telah di perhalusi dan akhirnya hari ini impian generasi kedua FELDA Jengka 2 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ianya akan menjadi perintis kepada beberapa lagi Tanah Rancangan Felda yang mempunyai rezab yang luas seperti di Felda Jengka 4 dan Jengka 5. Cuma di Felda Jengka 5 , pihak pengurusan FELDA telah mengambil keputusan untuk membina Perumahan Generasi Baru FELDA sebanyak 100 unit “. 

“saya ingin sekali lagi berpesan kepada penerima tanah lot generasi kedua Felda Jengka 2 agar tidak menjual tanah ini selepas mendapat hak milik nanti. Tindakan ini boleh dianggap pengkhianat kepada FELDA yang selama ini banyak membantu sosio ekonomi orang melayu. Pemberian lot tanah ini bermakna ianya tidak lagi tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ingatlah jangan sesekali menjual tanah ini dan sebagai ingatan ianya tidak boleh ditukar milik selama 10 tahun berdasarkan perjanjian yang telahpun ditandatangani”,tegas YB Dato Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang. 

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed