MANSUH GST BUKAN JAMINAN HARGA BARANG TURUN??? ~ SEMUT HITAM

Posted on 7 views

Itu satu persoalan yang kini menjadi igauan buat Rejim Pakatan. Walaupun sebelum ini mereka umum perlaksanaan GST akan tetapkan pada kadar 0%, namun itu bukan satu jaminan buat rakyat.

Nak pulak apabila mereka kata sistem cukai Negara akan dikembalikan kepada sistem SST seperti yang pernah diguna-pakai sebelum ini. Itu pun belum tentu harga barang akan diturunkan.

Sebaliknya, ada yang berpendapat, kemungkinan besar harga barang akan terus melonjak naik sebanyak 10% sekiranya benar perlaksanaan sistem cukai SST itu dikuat-kuasakan kelak.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila syarikat permotoran di Malaysia menghentikan seketika penjualan kereta mereka sementara menunggu perlaksanaan cukai baru.

Kata mereka, kemungkinan besar harga kereta yang dijual pada harga sewaktu perlaksanaan GST akan melonjak naik ekoran sistem percukaian baru yang bakal dilaksanakan.

Jika kita lihat semula tuntutan Rejim Pakatan Baru itu sebelum ini, mereka mendesak agar Kerajaan terdahulu memansuhkan GST yang didakwa menjadi punca peningkatan kos sara hidup.

Sedangkan hakikatnya, bukan sebab GST itu yang menjadi punca harga barang naik. Malah sewaktu zaman sistem cukai SST dulu pun, harga barang naik juga. Maka, keputusan Rejim Pakatan nak hapuskan GST bukan jaminan kos sara hidup rakyat akan menurun!!!

Source : Semut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.