Manifesto BN, Pelan Tindakan Untuk Membina Malaysia – TS Annuar Musa

Posted on 8 views

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Annuar Musa menyifatkan manifesto yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), DS Najib Tun Razak  bukan sekadar satu manifesto, tetapi ia sebenarnya merupakan satu pelan tindakan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih terkehadapan. Menurut beliau, lazimnya sesebuah manifesto bersifat am dan memfokuskan hanya perkara tertentu yang bersifat populis, tetapi tidak dengan menifesto yang dibentangkan oleh BN. Kata beliau,

Apa yang saya lihat, manifesto BN kali ini sebenarnya bukan sekadar manifesto yang lazimnya berupa kenyataan yang bersifat am dengan memfokuskan perkara tertentu yang bersifat populis.Manifesto BN kali ini sebenarnya lebih merupakan satu pelan tindakan atau roadmap ke arah Malaysia yang lebih baru.

Jelas, manifesto BN yang dibentangkan itu memandang jauh kehadapan,dan seolah-olah satu isyarat bahawa era terbaik Datuk Seri Najib bakal mendatang yang mana era itu bakal meninggalkan jauh era Tun Mahathir dan Mahathirism buat selama-lamanya di negara ini. BN sudah pasti tidak akan membawa negara kembali ke era kelam di zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Ini dapat kita lihat apabila tiada lagi era kegilaan jalan yang mempunyai tol di sana sini. Sistem pengangkutan dan prasarana yang lebih moden yang belum pernah kita lihat sebelum ini. Cara pengagihan subsidi yang bersasar. Agenda pembelaan terhadap anak-anak muda dan kaum ibu secara transformatif dalam satu lonjakan yang besar.

Kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak terus diutamakan dengan memperkasakan soal-sal kemajuan infrastruktur dan ekonomi di negeri tersebut. Serta komitmen untuk terus mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan seperti penubuhan universiti Huffaz Al Quran yang pertama di dunia, sementara agama-agama lain terus bebas di amalkan,” jelas Annuar dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman facebok rasminya.

TS Annuar menambah, Inilah sebuah manifesto yang mendahulukan rakyat yang terhasil dari keyakinan jitu DS Najib Tun Razak dengan cemerlangnya berjaya menguruskan ekonomi dan pentadbiran negara dengan baik walaupun di kala dunia sedang menghadapi tekanan dan krisis ekonomi. Katanya lagi,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.