MAHU ROYALTI? BENTANG PELAN PENGGUNAAN – HUSAM

Posted on 2 views
Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa dipetik, berkata kerajaan Negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan Persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya telah dengar kenyataan pemimpin Pas Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi AMANAH Kawasan Parlimen Tanah Merah malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara bulan lepas lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama mengenai royalti minyak, sasaran perolehan wang royalti minyak sebanyak RM1.6 bilion setahun yang akan disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu pula, akan digunakan bagi kepentingan rakyat tempatan. 

Source : WRLT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.