LUAHAN GURU KAFA DIBUANG KERJA , MENYESAL UNDI PH

Posted on 5 views

LUAHAN PENYESALAN DARI SEORANG GURU KAFA YANG MEMILIH KERAJAAN PH PRU14 LALU DAN DIPECAT MENJELANG AIDIL FITRI….

“Saya akui, semasa pentadbiran kerajaan BN, saya sedikit terpengaruh dengan dakyah dari Pakatan Harapan yang mendakwa, kerajaan BN hanya tahu membebankan rakyat tanpa mempedulikan nasib rakyat yang berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, cukai GST yang pada perkiraan saya pada ketika itu, cukup membebankan saya.

Siapa tidak mudah terpengaruh. Setiap kali saya ke kedai Cina di taman perumahan saya, taukeh yang menjalankan perniagaan itu pasti memberitahu, harga barang sekarang mahal disebabkan GST. Malah, andai saya ke pasar malam, pasti ada sahaja risalah dari Pakatan Harapan yang turut senada dengan taukeh Cina itu tadi.

Saya sebenarnya seorang guru KAFA yang berkhidmat dengan bayaran yang umum ketahui sebagai tidaklah setinggi guru-guru biasa. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang mana paling kecil berusia setahun. Sudah semestinya, lampin pakai buang mahupun susu krimnya terpaksa saya beli hampir setiap minggu.

Apa yang membuatkan saya mempercayai kata-kata Pakatan Harapan adalah, sejak anak saya dari dalam perut lagi, dia sudah dikenakan cukai GST. Sebagai manusia biasa, apabila mendengar perkara yang sama hampir setiap hari, saya mulai percaya dan mula menanam iltizam untuk menguburkan Barisan Nasional selama-lamanya pada 9 Mei yang lalu.

Saya bukanlah seorang yag begitu mempedulikan hal ehwal politik. Namun, apa yang saya khuatiri adalah, survival saya sebagai seorang rakyat Malaysia serta masa hadapan anak-anak saya yang berkemungkinan besar berhadapan dengan cabaran ekonomi yang maha hebat yang membuatkan saya terfikir, mungkin Tun Dr Mahathir mampu mengatasi semua masalah ini.

Terus terang saya katakan, pada 9 Mei 2018 jam 11.30 pagi, saya salah seorang daripada berjuta orang yang memberi undi kepada Pakatan Harapan walaupun jauh di sudut hati saya menyatakan, apa yang saya lakukan ini, silap. Kenapa saya berkata demikian. Ini kerana, sepanjang usia saya yang menjangkau 34 tahun, Barisan Nasional tidak pula menjadikan saya papa kedana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.