Lovren Anggap Dirinya Sebagai Salah Seorang Pertahanan Terbaik Dunia

Posted on 2 views
Apa pandangan anda mengenai Dejan Lovren?

Beliau dianggap sebagai antara pemain pertahanan yang baik apabila kena pada waktunya, namun kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan beliau ketika beraksi membuatkan ramai pihak tidak mengakui beliau sebagai pertahan yang baik.

Namun musim ini, beliau mempunyai musim yang agak baik untuk kelab dan negaranya bukan?

Di peringkat kelab, beliau berjaya membantu Liverpool untuk ke perlawanan akhir UEFA Champions League. Malah beliau turut memberikan 1 bantuan gol untuk gol yang dijaringkan oleh Sadio Mane.

Bersama skuad kebangsaan, Lovren dan Croatia kini selangkah sahaja lagi untuk bergelar juara dunia apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menentang Perancis.

Oleh kerana itu, Lovren berasa dirinya adalah salah seorang pemain pertahanan yang cukup berjaya di dunia ketika ini.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: Dejan Lovren of Croatia celebrates victory after the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

“Saya rasa orang perlu menggangap diri saya sebagai salah seorang pertahanan terbaik di dunia ketika ini dan bukannya cakap perkara yang mengarut.”

“Dari pandangan saya, jika ada pihak yang mengatakan saya menghadapi musim yang sukar pada musim maka saya tidak bersetuju dengan mereka.”

Bagi Lovren, kejayaan membawa Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia adalah satu kejayaan yang tidak dapat digambarkan oleh rakyat mereka.

“Ia merupakan satu perkara yang saya tidak boleh lupakan. Di Croatia, semua orang menangis kerananya!”

“Ia merupakan satu perkara yang cukup bersejarah buat kami. Kami berjaya menyamai rekod pada 20 tahun yang lalu dan kini kami mempunyai segalanya di bahu kami. Saya boleh katakan mereka tidak akan lupakan kami.”

“Kini kami mempunyai peluang untuk melakukannya dengan lebih baik, dan kami harap kami berjaya lakukannya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.