Linda Rafar Meriahkan Riang Ria Raya Ryanees

Posted on 1 views

Pada 6 Julai yang lalu, bertempat di Hotel The Majestic Kuala Lumpur, acara Riang Ria raya Ryanees berlangsung meriah dihadiri oleh wakil penjual tudung Ryanees dan para media. Turut memeriahkan suasana apabila duta produk tudung Ryanees turut hadir bertemu peminat dan semua yang ada. Dengan jamuan makan malam yang cukup menyelerakan, semua yang hadir mengukir senyuman manis apabila turut dihiburkan dengan alunan lagu-lagu dari vokal serak-serak basah Awi Rafael.

Riang Ria Raya Ryanees

RYANEES – HIJAB FOR TRAVELERS
no pin | no brooch | no ironing

Jenama RYANEES adalah berasal dari nama ‘RYAN’ iaitu anak tunggal pengasas RYANEES dan gabungan nama pengasas ‘RinEE’ dan suami pengasas ‘Syahrein’. RYAN adalah faktor utama RYANEES diwujudkan di mana pengasas berhasrat untuk meninggalkan legasi RYANEES kepadanya suatu hari nanti.

Riang Ria Raya Ryanees

RYANEES ditubuhkan pada bulan Februari 2016. Operasi perniagaan bermula dari sebuah bilik di SOHO di Shah Alam, Selangor yang agak kecil. Setelah perniagaan semakin berkembang, RYANEES kini beroperasi dari sebuah butik yang juga di Shah Alam, Selangor. Tagline RYANEES iaitu ‘Hijab for Travelers’ telah didaftarkan di MyIPO Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hijab RYANEES adalah diperbuat daripada sejenis kain kapas berkait (‘knitted cotton’) yang tidak kedut dan ia merupakan hijab separa instant (‘semi instant’). Cara pemakaian asas adalah sarung dan lilit dan ia tidak memerlukan penggunaan pin dan kerongsang. Ciri-ciri hijab begini amat sesuai untuk wanita yang mementingkan kesenangan dan keselesaan dalam pemakaian hijab.

Riang Ria Raya Ryanees

Fokus utama pasaran RYANEES adalah golongan wanita yang gemar melancong di antara umur 25 sehingga 55 tahun.

Oleh kerana faktor ini, nama-nama koleksi design RYANEES adalah berdasarkan nama bandar-bandar yang pernah dilawati oleh pengasas sejak tahun 1993 sehingga sekarang iaitu sebanyak 44 negara dalam masa 25 tahun. Setakat ini, koleksi design RYANEES adalah sebanyak 137 design yang dinamakan bersempena nama bandar-bandar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.