“Lepas Ni Akak Hanya Akan Follow Emma Sahaja, Tak Nak Terikut-Ikut Fans EmmaAlvin” – Alvin Chong Hilang ‘Follower’ Sebab Siapa?

Posted on 1 views
Hubungan baik antara pelakon, Alvin Chong dan Emma Maembong sememangnya diketahui ramai.

Mereka mula rapat sejak berlakon bersama dalam drama Awak Suka Saya Tak.

Acap kali digosipkan sedang bercinta, peminat harus berpuas hati apabila kedua-duanya mengaku hanya berkawan.

Terbaru, Alvin berkongsi di IG storynya mengenai seorang fans yang bertindak unfollow dirinya kerana Emma.

“Akak dah temui jawapannya, betul lah Emma dan Alvin hanya bff tak lebih daripada itu.

“Semoga Emma tidak menyimpan perasaan pada Alvin. Kalau tidak akak sesungguh kasihan pada Emma asyik dipermainkan sahaja.

“Doa akak moga Emma temui orang yang betul dan tidak melukakan hatinya lagi.

“Lepas ni akak hanya follow Emma sajelah sebab sebelum ini akak hanya terikut-ikut dengan fans Emma Alvin yang asyik shipkan korang.

“Akak pun rasa macam bodoh je padahal Alvin dengan Emma takde apa-apapun,” tulisnya kepada Alvin.

Susulan itu, Alvin turut memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“We never said we were together. If you follow me because because you ship something else but not because you like me for being who I am.

“I’m sorry,” tulisnya.

Oh my! Ada juga ya orang macam ni. Apa-apapun, MH faham mungkin ‘akak’ tu hanya meluahkan rasa kecewa. Banyakkan bersabar ya Alvin.

Foto: Instagram Alvin Chong

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.