“…Lalu Tumbang Di Atas Jalan Betul-Betul Depan Saya,” – Nourul Depp Kongsi Insiden Nyaris DiHempap Pintu Berat!

Posted on 0 views
Penyanyi Nourul Depp menerusi laman Instagramnya sehari lalu telah berkongsi detik cemas apabila dirinya nyaris dihempap pintu besar, di salah sebuah projek perumahan.

Menerusi entri yang dimuat naik, Nourul atau nama lengkapnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 41, turut bercerita mengenai perincian berhubung insiden berkenaan menerusi beberapa keping foto di IG.

Mengakui sempat membayangkan bagaimanakah kehidupan anak-anaknya yang kian membesar andai tidak beribu, penyanyi tersebut juga turut memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk meneruskan kehidupan.

Malah menerusi sebuah lagi posting, penyanyi yang cukup sinonim menerusi lagu Kerana Terluka ini juga turut bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah kerana masih punyai peluang untuk menyambut ketibaan Syawal bersama keluarga.

“Alhamdulillah Allah selamatkan. Benar benar rasa bersyukur. Sangat sangat bila fikirkan berpeluang mencium anak anak sebelum masuk tidur, berpeluang masak untuk mereka dan most; berpeluang beraya bersama lagi. Alhamdulillah,” tulisnya.

Foto: Instagram Nourul Wahab

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.