Lagi Janji Dan Manifesto Buku Harapan Dicapati

Posted on 5 views
Di dalam Buku Harapan, Janji 14 iaitu ‘Mereformasikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Memperkasa Usaha Membanters Jenayah’, Kerajaan PH telah berjanji bahawa,

Untuk memastikan semak seimbang yang efektif, bilangan Persuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.

Ini bertujuan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri mempengaruhi pelantikan pegawai-pegawai utama kepada SPR, SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.Apa yang berlaku hari ini adalah Perdana Menteri melantik DS Mohd Shukri Abdullah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ironinya, setakat hari ini belum ada seorang anggota kabinet yang mengangkat sumpah dan Parlimen penggal baru masih belum bersidang. Agak-agak pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM tak termasuk dalam klausa ini ke?

Tambahan lagi, sejak semalam kita dihidangkan dengan manifesto dan janji PH yang telah dicapati. Antara lain ianya adalah:

๐Ÿ‘‰ Manifesto PH: Untuk menghadkan kuasanya, Perdana Menteri dilarang memegang jawatan kabinet yang lain.

Apa yang baru berlaku: Tun Dr Mahathir telah menamakan dirinya sebagai Menteri Pelajaran. Alasan yang diberikan adalah seperti di bawah:

๐Ÿ‘‰ Manifesto PH: GST akan dimansuhkan sepenuhnya.Apa yang berlaku: GST tidak dimansuhkan tetapi akan dikurangkan kepada 0% bermula 1 Jun. Sistem GST akan tetap utuh dan boleh ditingkatkan apabila dikehendaki.

๐Ÿ‘‰ Janji PH: Harga petrol akan stabil dan dikurangkan.

Apa yang berlaku: Harga petrol stabil tetapi tidak dikurangkan. Ia masih ditetapkan pada RM2.20 seliter untuk RON95.

๐Ÿ‘‰ Janji PH: Tidak akan ada dendam terhadap DS Najib Tun Razak.

Apa yang berlaku: FS Najib Tun Razak dan keluarganya tertakluk kepada serbuan polis pada awal pagi yang berlangsung selama 15 jam pada malam 01 Ramadan.

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *