Kos ECRL RM66 Billion? Mana Suara Tony Pua, Rafizi Ramli dan Mahfuz Omar?

Posted on 11 views

Pakatan Harapan (PH) pernah mempertikaikan bagaimana kos awal yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia bersama syarikat dari China untuk pembinaan ECRL meningkat dari RM46 billion, menjadi RM55 billion.

Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU) pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menjelaskan penambahan RM9 billion melibatkan penambahan jarak dari Gombak ke Pelabuhan Klang.

Beberapa hari lalu, salah seorang wakil Committee of Eminent (CoE) PH, Tun Daim Zainuddin menjelaskan kos sebenar ECRL bukan RM55 billion, tapi akan meningkat RM11 billion, menjadikan kos keseluruhannya lebih RM66 bilion.

Untuk makluman, kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib Razak berjaya menjimatkan kos pembinaan MRT1 sebanyak RM2 billion menjadi RM21 billion, daripada kos asal RM23 billion.

Untuk makluman juga, projek ECRL yang diilhamkan oleh DS Najib Razak untuk menjana ekonomi penduduk Pantai Timur awalnya juga mahu dibatalkan oleh PH jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. 

Tapi keputusannya berbeza bila kini sudah berada di Putrajaya. Persoalannya, apa rasionalnya di sebalik penambahan mendadak kos ECRL menjadi lebih RM11 bilion?

Persoalannya lagi, di mana suara Tony Pua, Mahfuz Omar dan Rafizi Ramli yang dulunya lantang mengkritik berkaitan kos pembinaan ECRL?

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.