Kompilasi Gol Pembukaan Kejohanan Piala Dunia 1982-2014

Posted on 1 views
Kejohanan bola sepak terulung di dunia akan memulakan sepak mula beberapa jam sahaja lagi.

Rusia menjadi tumpuan dunia bermula daripada hari ini sehinggalah ke perlawanan akhir pada 15 Julai akan datang.

Memulakan kejohanan Piala Dunia pada malam ini, pasukan tuan rumah Rusia akan berhadapan dengan wakil Asia, Arab Saudi.

Soalannya, siapakah yang bakal menjaringkan gol pertama kejohanan pada edisi 2018 ini?

Sejak beberapa edisi Piala Dunia yang lalu, perlawanan pembukaan sering menampilkan kejutan kepada penyokong bola sepak antarabangsa.

Ketika Asia pertama kali menjadi tuan rumah Piala Dunia, gol tunggal jaringan Bouba Diop untuk Senegal mengejutkan pasukan tuan rumah Perancis yang tewas 1-0 dalam perlawanan pembukaan tersebut

Perancis yang merupakan tampil sebagai jaura bertahan pada edisi 2002 tersebut kemudiannya menamatkan cabaran di tangga tercorot kedudukan kumpulan.

Di edisi 1982 yang diadakan di Sepanyol, Belgium turut melakukan antara kejutan terbesar di dalam kejohanan edisi tersebut apabila menewaskan Argentina 1-0 di perlawanan pembukaan.

Gol jaringan Erwin Vandenbergh pada minit ke-62 perlawanan untuk Belgium menyebabkan Argentina yang dibarisi pemain seperti Diego Maradona dan Mario Kempes berputih mata.

1982 World Cup Finals, Barcelona, Spain, 13th June, 1982, Argentina 0 v Belgium 1, Argentina’s Diego Maradona challenges Belgium’s Frank Vercauteren (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Anda juga pasti ingat apa yang berlaku di perlawanan pembukaan pada empat tahun yang lalu.

Marcelo menjaringkan gol sendiri untuk gol sulung kejohanan di edisi 2014, sebelum Brazil bangkit menewaskan Croatia 3-1 dalam perlawanan tersebut.

Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Brazil selepas itu, walaupun hadir sebagai pasukan tuan rumah.

Gol pembukaan di Piala Dunia turut pernah menyaksikan gol-gol cantik dijaringkan oleh pemain dari pelbagai negara.

Germany’s Philip Lahm celebrates scoring the opening goal of the game (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Jaringan pembukaan oleh Philip Lahm pada minit ke-6 menentang Costa Rica melencong deras ke penjuru gawang Costa Rica untuk kemenangan 1-0 negara tuan rumah pada edisi 2006 kejohanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.