Kes Cerai Ziana Zain, Armin Zaharin Akan Disebut Semula Esok

Posted on 1 views
Penyanyi terkenal, Ziana Zain dan Armin Zaharin Mohd. Zambri diarahkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk melantik hakam bagi pihak masing-masing berhubung tuntutan penceraian yang difailkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Berpisah jua itu, pada esok, 12 Julai.

Hakim Syarie, Mohd. Nizar Mohtar menetapkan tarikh tersebut selepas Armin sebagai defendan tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang pemberitahuan bagi mendengar keputusan laporan jawatankuasa pendamai kes itu.

Pada masa sama, Mohd. Nizar difahamkan turut mengeluarkan notis kehadiran kepada Armin bagi tarikh sebutan semula kes itu.

Terdahulu pada 28 jun lalu menerusi prosiding tersebut, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, 50, yang hadir diwakili Peguam Syarie, Yusfa Hanis Yussoff selain turut ditemani adiknya, Anuar.

Katanya sejurus prosiding selesai, dia reda dan perlu bersabar apabila kes perceraian itu masih belum dapat diselesaikan seperti diharapkan.

“Kalau 20 tahun saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena bersabar. Buat masa ini saya hanya ikut prosedur yang ditetapkan mahkamah. Harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya kepada MH.

Pada 3 April lalu, Ziana menfailkan tuntutan penceraian selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi berkenaan.

Difahamkan, fail tuntutan penceraian tersebut berkaitan dengan penderaan mental dialaminya, nafkah dan isu melibatkan anak-anak mereka.

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.