KERANA TANAH YANG BERHARGA MAHAL DAN ANCAMAN KE ATAS KRONI, MAHATHIR AKHIRNYA DIJADIKAN CALON DI LANGKAWI!!!

Posted on 13 views

Tidak mengejutkan langsung apabila Dr. Mahathir dinamakan sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Malah lebih mengejutkan sekiranya Dr. Mahathir tidak dicalonkan oleh Pakatan Harapan memandangkan populariti dan kesungguhan para penyokong dan pentaksubnya meyakini bahawa Dr. Mahathir mampu menyelamatkan Langkawi dan Malaysia secara keseluruhannya.Pengumuman pencalonan Dr. Mahathir di Padang Mat Sirat dua malam sudah, dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail. Dr. Mahathir akan bertanding di Langkawi menggunakan simbol ‘mata lebam’ PKR dan akan menerima watikah daripada Wan Azizah memandangkan parti yang dipengerusikannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah digantung pendaftaran oleh RoS kerana melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Turut diumumkan adalah calon-calon PPBM yang akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU-14 nanti di Parlimen dan DUN Kedah. Sesuatu yang menarik ialah Mukhriz Mahathir ‘lari’ dari DUN Ayer Hitam yang dimenanginya pada PRU lepas sebaliknya akan bertanding di DUN Jitra dan turut mencalonkan diri untuk bertanding di Parlimen Jerlun, Parlimen yang pernah diwakilinya pada PRU-12 selepas berlaku ‘tolak-ansur’ para pemimpin UMNO setempat pada ketika itu.

Calon lain DUN PH Kedah :

Air Hitam : A Aziz Muhamad
Bukit Kayu Hitam : Halimatus Saadiah
Jitra : Mukhriz Mahathir
Anak Bukit : IR Amirudin Hamzah
Bukit Lada : Mohd Aizat Roslan
Kuala Nerang : Syed Fadil
Sungai Tiang : Abdul Razak
Jeneri : Mohd Nazari
Bayu : Abdul Rahim Awang Kecil
Guar  Cempedak : Mohd Safuan Safari
Tanjung Dawai : Mejar Anuat Abdul Hamid
Bandar Baharu : Azimi Daim
Kuah : Mohd Firdaus Mohd
Air Hangat : Johari Bulat

Calon Parlimen PH Kedah:

Jerlun : Mukhriz Mahathir
Kubang Pasu : IR Amiruddin
Pendang : Wan Saiful
Baling : Mohd Taufik Yaacob
Jerai : Akhramsyah Sanusi
Langkawi : Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir pasti akan berkempen di Langkawi dengan bermodalkan, dialah yang menaikkan dan memakmurkan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dunia. Setidak-tidaknya itulah yang akan diperkatakan oleh para penyokongnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *