Kerana Seluar Skinny Yang Dipakai, Janna Nick Dikecam Peminat

Posted on 8 views
Gara-gara memakai Skinny, pelakon serta pengacara program Melodi, Janna Nick telah menerima kecaman hebat daripada peminatnya.

Rata-rata peminat Janna berkata mereka agak kecewa dan tidak suka artis kegemaran mereka memakai seluar yang terlalu ketat seperti apa yang dipakainya ketika mengacara di dalam program Melodi.

Walaubagaimanapun, di dalam Insta Stories miliknya, Janna meminta pembantu perubadinya itu menjelaskan apa yang terjadi.

Malah, Janna turut memberitahu dia seakan boleh meramalkan apakan reaksi peminat-peminatnya apabila melihat dirinya mengenakan seluar itu.

Namun pembantunya itu hanya mampu menjawab dengan tenang dan menjelaskan dia terpaksa meminta Janna tukar dan memakai seluar itu kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan pakaian yang dikenakan Janna

Dalam pada itu, Janna turut meminta maaf kepada semua peminatnya dan menerima setiap teguran yang diberikan padanya. Malah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini lagi.

 

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.