Kerana Ronaldo, Laman Sesawang Jual Jersi Juventus Alami Masalah Teknikal

Posted on 2 views
Laman rasmi penjualan jersi Juventus dilaporkan mengalami ralat dan tidak dapat diakses semalam. Ini sebaik sahaja kelab itu mengumumkan pembelian Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.

Akses terlalu ramai pada satu masa yang sama telah membuatkan server laman tersebut gagal menampung. Ini kerana ramai masuk ke laman sesawang itu untuk membeli jersi Ronaldo yang sudah pun sah diumum akan memakai jersi no.7.

Jumlah penyokong Juventus yang membeli secara atas talian telah bertambah mendadak.

Jersi nombor 7 sebelum ini milik pemain sayap Juan Cuadrado. No.7 telah menjadi jenama besar dalam karier Ronaldo. Beliau ada jenama CR7 yang menjadi antara jenama berpengaruh di dunia sukan.

Jersi Ronaldo 7 mulai dijual pada Selasa. Dan sebelah pagi Rabu, laman web tersebut gagal diakses dengan mesej ralat dipaparkan:

“Website not available at the time! (sic) Sorry for the inconvenience!”

Ataupun:

“Laman sesawang tak tersedia buat masa ini! Segala kesulitan amat dikesali”

Juventus memeterai perjanjian €100 juta yang boleh mencecah €112 juta untuk Cristiano Ronaldo. Pemain berusia 33 tahun itu dilaporkan menerima €500,000.00 seminggu.

Ronaldo dalam ucapan selamat tinggal beliau kepada Real Madrid memberitahu yang beliau merasakan masanya sudah tiba untuk beliau membuka lembaran baru dalam karier beliau.

Ronaldo menjuarai 2 Lagi Liga dan 4 UCL bersama Real Madrid. Beliau juga memenangi 4 daripada 5 Ballon d’Or beliau di Real Madrid.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.