Keluarkan Parody ‘Perempuan’ Di Hari Pertama Ramadan, Faiz Roslan Diberi Amaran Terakihir Oleh Da’I Wan!

Posted on 16 views

“Kamu muncul semula dengan parody ke-2. siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam…”

Itulah antara luahan kesal Da’I Wan tentang seorang Instagramers yang terkenal dengan video-video parodinya, iaitu Faiz Roslan.

Pernah ditegur sebelum ini, namun Faiz seakan tidak serik dan melakukannya lagi.

Berang dengan tidak mengambil serious teguran yang diberikan selama ini, Wan memberitahu Faiz perlu berdepan dengannya sekali lagi kerana tidak mahi mendengar nasihatnya dan sengaja mencari pasal.

“Now, saya dh tahu. Kamu dan kawan2 sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dgn parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu shjlah,” tulisnya diruangan kapsyen.

Malah, Wan turut menegaskan tiada siapa yang suka melihat perbuatannya itu.

Wan turut mempersoalkan mengapa Faiz sengaja mencari perhatian dengan cara seperti ini kerana banyak lagi cara lain yang boleh dibuat selain dari menghina diri sendiri.

Malah, Wan turut tegas dan berkata isu Neraka jangan dibuat main. Apa yang lebih membuatkan Wan marah, apabila Faiz mengeluarkan video ini pada 1 Ramadhan dan menganggap Faiz mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan perbuatan yang hina seperti ini.

 

Wan, turut mengesa Faiz untuk membuang video tersebut sekiranya tidak dia akan memastikan Faiz dan rakan-rakan akan ditegur sehingga mereka tarik semula perbuatan mereka.

“@thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sdgkan banyak lagi jalan yg tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dgn kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni skjp shj Faiz. Jgn jadikan yg sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan org yg dungu, Faiz. 1 lg, Neraka, jgn sesekali dibuat main, kamu x kan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yg kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akn dihisab. Diserah pd tgn kiri habislah semua rasa seronok yg pernah kamu rasa di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.