Kelab La Liga Intai Pemain Akademi Mokhtar Dahari?

Posted on 24 views
Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar mendedahkan beberapa kelab La Liga kini mengintai pemain daripada skuad AMD bawah 13 tahun (B-13) yang cemerlang dalam dua kejohanan di Perancis bulan lalu.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo menjelaskan selain diintai oleh kelab gergasi Eropah, beberapa pemain skuad itu kini mendapat tawaran daripada kelab La Liga.

“AMD B-13 telah menunjukkan impak yang sangat tinggi kepada kita selepas mereka berjaya merangkul tempat ketiga dan keempat bagi dua kejohanan yang rata-ratanya disertai oleh akademi kelab Ligue 1 seperti Paris Saint-German (PSG), FC Metz dan FC Nantes.

“Walaupun AMD B-13 tidak berjaya menjulang trofi, namun ia sudah memadai apabila mereka menjadi salah satu pasukan pencabar kerana kejohanan tersebut turut disertai akademi pasukan terkemuka di Perancis.

“Pada masa sama, lima pemain telah diintai kelab gergasi Eropah seperti Manchester City, Manchester United dan PSG untuk mendapatkan pemain yang mereka minati bagi menjalani latihan bersama jurulatih akademi tersebut.

“Kami juga baru mendapat tawaran daripada kelab La Liga untuk mendapat pemain tersebut kerana mereka juga menaruh harapan yang tinggi bagi mendapatkan pemain berkenaan.

“Bagaimanapun, kami masih dalam perbincangan untuk memutuskan kelab terbaik bagi destinasi pemain yang telah terpilih tersebut,” katanya.

Kelmarin skuad AMD B-14 berangkat ke eropah untuk jelajah Belanda, Jerman dan Perancis. Mereka turut akan menyertai beberapa kejohanan di sana.

Menurut Safirul, kejohanan pertama yang akan disertai oleh pasukan AMD B14 tahun di Dortmund, Jerman AMD B14 diletakkan dalam Group D bersama FC Midtjylland (Sweden), MSV Duisburg (Germany), Breidablik (Iceland), SuS Kaiserau (Germany).

Mereka juga akan menyertai kejohanan Human Elite Cup yang turut disertai oleh akademi kelab terkemuka Eropah seperti Real Madrid, PSG, Lyon FC dan Sporting Portugal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.