KALAU NAK DIKIRAKAN, RAFIZI RAMLI JAUH LEBIH BIJAK BERNIAGA DARIPADA DR. MAHATHIR WALAUPUN PERNIAGAANNYA SEKADAR AIR LIUR!!!

Posted on 8 views

Baik kecil mahupun besar perniagaan yang diceburi oleh Dr. Mahathir, semuanya akan lingkup dan mencatatkan kerugian. Tak payah disenaraikan apa perniagaan besar yang ada campurtangan Dr. Mahathir yang akhirnya melingkup, sehinggakan Bank Negara Malaysia pun hampir muflis kerana hampir semua orang tahu.Dan yang terbaru, perniagaan kedai rotinya pun lingkup juga dengan catatan kerugian puluhan juta ringgit semenjak dari tahun 2005 lagi.

Di sebalik pertunjukan serta peragaan kekayaan dan kemewahan yang ditunjukkan oleh anak perempuan Mukhriz, Mahathir dan Mukhriz ke sana sini mengutip derma untuk perjuangan mereka. Mahathir sendiri terpaksa mengaku yang dia miskin dan tidak kaya walaupun tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini yang ada ladang kuda dan memiliki kuda lumba berjumlah 40 ekor.

Hakikatnya, tanpa projek-projek kerajaan yang diperolehi secara runding terus dan perlantikan ketika Mahathir bergelar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, anak-anak Mahathir tidaklah akan sekaya seperti yang dilihat dan diketahui.

Dan mujurlah, Mahathir bukan lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau tidak, pastinya ‘kerugian’ yang dialami akan ditebus menggunakan wang negara terutama sekali wang Petronas dan KWSP serta Tabung Haji sebagaimana yang sering diamalkannya.

Berbeza benar dengan Rafizi Ramli.

Perlu diketahui, walaupun Rafizi Ramli merupakan salah seorang pemimpin utama PKR, namun dia kelihatan dan berusaha menjarakkan diri daripada Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan. Beberapa cubaan untuk merapatkan dan membuatkan Rafizi Ramli bekerjasama dengan Dr. Mahathir kelihatan gagal kerana Rafizi Ramli lebih selesa bergerak sendirian.

Sebenarnya, walaupun Rafizi Ramli merupakan seorang ahli politik, hakikatnya Rafizi Ramli adalah seorang ahli perniagaan. Dia tidak perlu jual roti. Dia tidak perlu surat ‘arahan’ daripada bapanya untuk memperolehi kontrak monopoli dengan Telekom Malaysia seperti Mukhriz Mahathir. Dia juga tidak perlukan perlantikan khas ke atas syarikatnya untuk kontrak gas dan petroleum dengan PETRONAS walaupun Rafizi Ramli sendiri memulakan kerjayanya di PETRONAS.

Rafizi hanya perlu berniaga dengan menggunakan air liur. Dan dalam tempoh 2 tahun sahaja, Rafizi Ramli berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM8 juta untuk sebuah syarikatnya sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.