“Kalau Kena, Saya Perlu Standby…” – Remy Ishak Sedia Tayang Badan, Bergandingan Dengan Zul Ariffin Dalam Sangkar!

Posted on 12 views
Jika sebelum ini aktor, Zul Ariffin mengakui dia kena tampil fit dan ideal bagi memenuhi peranannya sebagai petinju seni bela mempertahankan diri bebas (MMA), gandingannya menerusi filem Sangkar, Remy Ishak turut gigih melakukan perkara sama demi tuntutan watak.

Bagaimanapun, pelakon filem Cun itu mengakui bukan suatu tugas mudah untuk mendapatkan tubuh seperti yang dikehendaki kerana memerlukan latihan dan pemakanan seimbang.

“Buat masa sekarang, saya sibuk di lokasi filem aksi, Sangkar bersama Zul Ariffin, Mira Filzah dan Ray (penyampai radio Era FM) dan penggambaran hanya dijangka akan tamat sekitar tiga hari sebelum raya nanti. Saya jadi salah seorang petinju MMA di samping para pelakon lain. Teruja sebab ini adalah watak pertama seumpamanya yang saya bawa.

 

“Apa pun, saya tak boleh nak kongsikan lebih lanjut kerana insyaAllah semuanya akan dikongsikan apabila tiba majlis pelancarannya kelak, insyaAllah,” kata Remy kepada MH. 

Ditanya mengenai kesediaannya untuk tayang badan kekarnya di hadapan lensa demi tuntutan watak, aktor berusia 36 tahun tidak menolak andai perlu tampil dalam keadaan sedemikian, apatah lagi ia tidak lebih sekadar menjalankan tugas sebagai pelakon.

“Saya sendiri tidak pasti sama perlu (tidak berbaju) atau kenakan tight. Kalau kena pun, saya perlu standby,” dedah Remy yang kini tampil dalam susut tubuh yang lebih besar berbanding sebelumnya.

 

“Memang kena tambah berat badan untuk watak tersebut. Sekarang berat sekitar 82 atau 83kg. Kalau nak diikutkan, inilah berat badan paling berat pernah saya capai,”kongsi Remy.

Terdahulu, Remy ditemui media sejurus selesai pelancaran dan pertunjukan fesyen yang turut menampilkan koleksi kurta dan Baju Melayu, hasil kerjasama bersama Starvilion di Setia Alam, baru-baru ini.

“Kita ada 10 barisan warna dan kalau nak diikutkan, sebelum ini saya memang ada pasang impian untuk tampil dengan label baju sendiri. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan bersama Starvilion,” akhiri Remy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.