Jururawat racun 20 pesakit agar mereka mati ketika dia tidak bertugas ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 1 views

Pihak berkuasa Jepun menahan seorang bekas jururawat yang disyaki terbabit dalam kes kematian 20 pesakit pada tahun 2016. 

Ayumi Kuboki, yang pernah bertugas di Hospital Oguchi di Yokohama didakwa meracuni pesakit-pesakit warga emas dengan menyuntik bahan disinfektan atau nyahjangkit ke dalam titisan cecair intravena agar mereka tidak meninggal dunia ketika dia sedang bertugas. 

Tertuduh yang berusia 31 tahun itu dalam keterangannya kepada polis mengakui dia berbuat demikian agar mangsa-mangsanya mati di sewaktu jururawat lain bertugas. 

Kata Ayumi, dia tidak mahu menjadi individu yang memaklumkan kematian pesakit kepada waris dan menganggap perkara itu sesuatu yang menyusahkannya. 

“Ia akan menjadi satu masalah jika tanggungjawab itu diserahkan kepada saya,” kata Ayumi ketika di siasat polis Jun lalu, seminggu selepas dia meletak jawatan dari hospital berkenaan. 

Kertas siasatan mula dibuka selepas seorang jururawat menyedari terdapat buih dalam ‘IV drip bag’ seorang pesakit berusia 88 tahun, Nobuo Yamaki yang meninggal dunia pada September 2016. 

Apabila doktor memeriksa darah Yamaki mengandungi bahan disinfektan. Kemudian, bahan yang sama ditemui dalam badan seorang lagi pesakit berusia 88 tahun bernama Sozo Nishikawa selepas bedah siasat dilakukan, pesakit yang berkongsi bilik dengan Yamaki sebelum dilaporkan meninggal dunia. 

Ketika siasatan dilakukan, polis juga menemui bahan tersebut dalam badan dua lagi pesakit berusia 89 tahun (lelaki) dan 78 tahun (perempuan). 

Pihak berkuasa juga menemui 10 IV drip bag yang belum digunakan dan dicemari dengan bahan tersebut di stesen kerja Ayumi di mana terdapat satu lubang halus yang ditebuk untuk dicampurkan dengan bahan tersebut. 

Ketika memeriksa kesemua pakaian seragam yang dipakai oleh semua jururawat yang bertguas menjaga pesakit di tingkat di mana kejadian itu beraku, penyiasat menemui bahan tersebut di dalam poket seragam yang dipakai oleh Ayumi. 

Ayumi kemudian mengakui telah membunuh 20 pesakit selepas ditahan pihak berkuasa dan menegaskan dia hanya menyasarkan pesakit yang kritikal sahaja. 

Bagaimanapun, polis meragui dakwaannya itu kerana ada sesetengah pesakit yang diracuninya itu tidak sakit teruk seperti yang didakwa. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.