Juan Antonio Pizzi, ‘Mastermind’ Fast And Furious Sedang Membimbing Arab Saudi

Posted on 5 views
Sebaik sahaja Jorge Sampaoli meninggalkan skuad Chile selepas Piala Dunia 2014, ramai merasakan itu adalah petanda tidak baik kepada bola sepak Chile.

Sampaoli telah menerapkan bola sepak bertenaga yang digelar pengulas perlawanan sebagai fast and furious football. Mereka bukan pasukan yang boleh menyimpan lama seperti Brazil, Jerman ataupun Sepanyol.

Jadi, Sampaoli mengarahkan pemain beliau, setiap kali merampas bola, gerakkan bola secepat mungkin dengan disulami dengan gerakan tanpa bola secara berpasukan.

Chile kemudian diuruskan oleh Juan Antonio Pizzi. Menariknya, pemilihan jurulatih dilakukan oleh Chile sebaik mungkin. Chile menggunakan asas falsafah taktikal Marcelo Bielsa sejak 2007.

Jadi, jika dalam filem Fast And Furious, nama Dominic Toretto adalah mastermind kepada pasukan beliau, dalam bola sepak Chile Juan Antonio Pizzi pernah memegang watak itu dahulu.

Fast and furious football

Selepas Bielsa meninggalkan Chile pada 2011, seatahun kemudian mereka melantik Sampaoli yang menerapkan sistem bola sepak berasaskan energetic football.

Fokal mereka adalah Alexis Sanchez. Pada Piala Dunia 2014, Chile memberikan salah satu aksi terbaik. Mereka cuba menekan lawan di garisan tinggi dan menggerakkan bola dengan sangat cepat.

Mereka memiliki kelompok pemain yang boleh bermain sehari suntuk di dalam padang. Sangat berstamina tinggi.

Juan Antonio Pizzi memiliki corak yang sama. Beliau meneruskan lagi usaha 2 jurulatih ini dan akhirnya Chile menjuarai Copa America pada 2016. Pencapaian terbaik dalam bola sepak Chile.

Juan Antonio Pizzi memperbaiki aspek keagrasifan di dalam padang dan fokus kepada gerakan lebih penetratif dan vertikal. Pemain semakin bagus dalam sistem ‘man-oriented pressing’.

Pizzi mulai memperbaiki aspek hantaran supaya lebih dipendekkan dan sokongan antara pemain dipertingkatkan. Usaha ini berjaya. Pemain tengah seperti Arturo Vidal lebih selesa untuk merapatkan 2 garisan taktikal iaitu pertahanan dan serangan.

Taktikal ini mengurangkan bebanan kepada Sanchez untuk terlalu banyak mengejar bola hantaran panjang. Pada Piala Konfederasi 2017, Chile mulai memperbaiki aspek hantaran lintang mereka. Banyak hantaran lintang mereka mencetuskan bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.