Jermaine Jenas Mahu England Sekat Luka Modric

Posted on 5 views
England bakal menghadapi satu tugas getir apabila mereka berhadapan dengan Croatia untuk aksi separuh akhir Piala Dunia 2018.

Croatia nyata cukup bertenaga kali ini apabila persembahan mereka nyata menarik perhatian ramai pihak terutamanya hasil dari persembahan Luka Modrid dan Ivan Rakitic.

Bekas pemain England yang kini menjadi penganalisis, Jermaine Jenas berkata England harus berikan perhatian lebih kepada pemain tersebut dalam perlawanan nanti.

Kata Jenas, Modric yang juga bekas rakan sepasukan beliau di Tottenham Hotspur merupakan seorang pemain yang mempunyai mentaliti yang hanya mahu menang sahaja.

“Apa yang buatkan Luka Modric ini adalah seorang pemain yang cemerlang adalah beliau merupakan seorang pemain yang boleh menggunakan kedua-dua kaki dengan baik.”

“Beliau juga mempunyai visi yang baik di atas padang serta mempunyai pusat graviti yang rendah menjadikan Modric seorang pemain yang stabil.”

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia and Daler Kuziaev of Russia compete for the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Kata Jenas, Modric merupakan pemain yang cukup bersemangat ketika bermain dan cukup jelas dengan emosinya andai beliau tidak berpuas hati.

“Beliau merupakan pemain yang akan mendesak rakan sepasukan dan pernah sekali ketika kami beraksi bersama, beliau yang menggerakkan pasukan.”

“Modric adalah seorang pemain yang akan beritahu anda andai beliau tidak puas hati. Sama ada beliau tak dapat bola atau apa yang dirancang tidak menjadi.”

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia celebrates following his sides victory in the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Ketika latihan pun beliau tidak mahu kalah, latihan beliau keras tetapi santai.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.